My Blog List

Saturday, May 28, 2011

Kaya 2 (Sambungan)

Sambung semula...

Penghuraian pada kaedah yang pertama - Masuk program realiti dan jadi fenomena. Kata Shy 8 dalam kurungan Usop Wilcha, "Fenomena" bermaksud Fe = Femes (famous la), No = Tidak, Mena = Semena-mena.. Jadi Fenomena = Famous dengan tidak semena-mena. Hahahaha Tuan-tuan dan puan-puan, Cuba tryla... AF dah last season.. kena masuk Mentor ke..Bintang RTM ke... Jadi..Jika anda mempunyai bakat nyanyian yang sedap, tetapi berpewatakan kampung.. orang susah.. petani, nelayan, dsb.. pergi ujibakat.. kalau lepas.. masuk bertanding.. kalau jadi juara (kalau orang undila).. hasrat untuk anda nak jadi kaya cerah sekali. Tetapi, adakah anda tergolong dalam kategori sedemikian.. silap-silap.. baru stage pertama dah "ke laut!" atau "mendatar-mendatar-mendatar".

Kaedah kedua - Yang ini tak payah undi-undi simpati.. ada rupa, ada suara, nyanyi lunak dan gemersik jer.. boleh kaya makan royalti dan juga duit show. Contohnya, Datuk Siti Nurhaliza.. tak payah susah-susah dah.. royalti dia saja dah makan tak habis. Tak kira duit show lagi.. sekarang dah pulak bual bicara.. Kalau anda confident mempunyai ciri-ciri hebat seperti itu.. sila tinggalkan posting saya ini dah terus sahaja ke syarikat rakaman yang berdekatan.. ehehehe.. confirm kaya

Yang ketiga - Menulis novel best seller.. Kalau anda ada bakat dan flare untuk menjadi penulis novel cinta yang asyik masyuk.. bagai romeo dan juliet, adam dan nur (nuuurrr ya kasih) serta cerita anda itu bertepatan dengan selera anak-anak muda zaman kini.. cerah masa depan.. anda akan memperolehi pendapatan yang lumayan menerusi penjualan novel anda. Ini setaraf dengan Ahadiat Akashah, Norhayati Berahim atau Liana Afiera Malik. Kalau rezeki lebih, novel anda akan diangkat menjadi filem. Wah.. double kayalah anda.."Bila cinta.. kini.. tak lagi bermakna.." Eh, melalut pulak.

Di sini, mesti ada antara anda yang kata, "Bro, itu dulu..zaman lu.. sekarang beda! Sekarang tulis blog ja.. nuff nang.. dapat duit.." Tepat ! Inilah juga cita-cita saya heheheheh.. tapi tak terkaya-kaya.. Maybe blog saya ni tak sesuai dgn kehendak pembaca semasa.. so tak jadi hits.. Kalau anda yakin boleh menulis blog sehingga boleh hits seperti The Red Mummy, sila tinggalkan dashboard ini dan register nuffnang or adsense segera hehehe..

Langkah yang keempat ialah dengan mendapat durian runtuh. Fuh ini pun memang idaman dan impian saya.. Saya selalu berangan kalau satu hari dapat surat dari lawyer tertulis - "Anda mewarisi harta sebanyak 2 juta. Sila ke pejabat Sulaiman Associates" Peghh.. mau meloncat aku. Ada seorang kawan saya pulak, dia cerita angan-angan dia ialah ada seorang jutawan arab terjatuh briefcase bernilai 20 juta.. ketika dia pulangkan balik pak arab tu bagi RM 1 juta sebagai penghargaan.. Ehehehehehe macam-macam alasan.. tapi tuan-tuan dan puan-puan.. loteri, kuda, 4D -Damacai I kurang masuk sketlaa erkk.. so tak pernah bercita-cita ke arah itu. Jika anda semua ada yakin akan mendapat durian runtuh atau rezeki tergolek?? Kalau ya.. anda memang bertuah kerana anda bakal menjadi kaya tanpa perlu berusaha keras.. tahniah untuk anda.

Kini tibalah pula kita ke langkah yang kelima - menjadi usahawan yang berjaya. Saya rasa anda semua setuju langkah inilah yang paling relevan dengan kebanyakkan daripada kita di sini untuk menjadi kaya mahupun jutawan. Kalau makan gaji, buat kerja kuat macam manapun, hujung bulan banyak itu jugak dapatnya.. setuju tak? Kebanyakkan kawan-kawan saya juga ada menyatakan mereka menyimpan hasrat untuk berhenti kerja dan mencebur diri dalam bidang keusahawanan. Mereka dan kita juga yakin, dengan kaedah inilah kekayaan dan nikmat hidup dapat dikecapi. Saya kata yakin... betul atau tidak... belum pasti.. tapi yang penting kita semua yakin tentang perkara itu. Baiklah, berkenaan dengan langkah ini, saya akan huraikan dan kupas terperinci, permasalahan dan pro and cons nya dalam posting saya yang seterusnya di bawah tajuk Malay-ness.

Sekian untuk kali ini, wasalam.

No comments: