My Blog List

Tuesday, October 5, 2010

Magica - KRU

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Selawat & Salam kepada Rasulullah...dan keluarga baginda.

Sesudah Aidilfitri... sibuk dengan rumah terbuka.. pejabat terbuka.. dan sekolah terbuka... kini aku jumpai masa semula untuk ber blogging... bak kata mantan PM.. Tun Dr Mahathir, blogging to unblocked... ada berani??

Kali ini bukan tajuknya Aidilfitri.. tetapi nak cerita sikit pasal filem.
Aku ni mmg peminat setia filem-filem Melayu... aku seboleh-bolehnya akan support..
Masa muda-muda dulu.. boleh kata semua filem melayu aku pi tengok..(masa tu wayang murah beb).. sampai filem "Satay" pun aku tengok..Tapi bukanlah aku nak komen sgt pasal industri perfileman Melayu ni.. bagi aku.. kalau komedi tu.. aku still rank filem-filem Allahyarham Tan Sri (Dr) P Ramlee sebagai the best.

Bercakap tentang filem (cheewah mcm pensyarah pulak ayatt).. Dua-tiga hari lepas aku berpeluang menonton filem Magika.. Keluaran KRU Film tak silap aku... Aku kagum dengan kerja-kerja KRU bagi filem itu.. aku terbuai-buai sehingga terkenang kembali zaman budak-budak ketika menonton Mary Poppins dan The Sound of Music. Aku terhibur sehingga terlupa ataupun termaaf lakonan-lakonan yang tak "berapa sampai" daripada pendatang baru Mawi dan Dianna Danielle...Aku juga dapat memaafkan scene lari conti pada babak mawi terluka tangan di tasik...hehehehe Edry.. Jgn marah erk.. dulu adalah sikit ikut2 org buat drama telemovie..

Aku dari dulu lagi minat KRU.. sure ada yang terbatuk-batuk sbb susah nk dapat lelaki minat KRU.. hahahahahahakk.. aku minat kerja-kerja mereka.. iltizam dan komitmen mereka dalam memartabatkan industri seni tanah air.. Aku juga kagum dengan kepandaian mereka melakukan business.. Artis lain pun ada.. tapi tak dapat bina empayar...

Apa yang aku cuba nak selitkan di sini.. aku kagum dengan mereka tiga beradik.. bersatu hati.. seiring dalam business.. sehingga berjaya tanpa berpecah-belah.. Kaum Melayu amat lacking dalam hal ini.. adik beradik buat hal masing-masing.. Aku juga jumpa kes..kalau si Abang buat business, si adik mesti tak nak kerja dgn abang .. kerja company lain.. atau bergaduh.. atau berselisihan pendapat.. dsb.. jadi KRU ni amatlah boleh dijadikan contoh bagi sesiapa yang nak buat business keluarga...

Saya harap KRU akan suksess selalu..

Sekian.. wassalam

Tuesday, September 21, 2010

Hari Malaysia

Assalamualaikum,
Selawat Dan Salam kepada Baginda SAW serta ahli keluarga Baginda.

Hari ni aku nak blogging sket pasal Hari Malaysia. Sorila.. terlewat sikit.. almaklumlah Hari Raya.. sibuk dengan Beraya dan berziarah.. kuranglah masa untuk berinternet ni.. tapi aku rasa masa ni masih relevan lagi untuk berceloteh tentang Hari Malaysia.

Pada 16 September .. telah dimasyhurkan oleh kerajaan sebagai cuti umum.. buat pertama kalinya berkuatkuasalah tahun ni... Secara peribadinya aku sangatlah setuju dengan pemasyhuran cuti umum tersebut.. korang memang akan kata.."sapa yang tak setuju kalau cuti!!" hehehehehe... mmg la.. semua orang suka cuti.. Yang aku kata setuju tu bagi maksud meraikan Sabah & Sarawak merdeka di dalam Malaysia.. Sebab selama ni depa sambut merdeka pada tarikh 31 Ogos.. mcm tak berapa kena sebab tarikh tu depa tak merdeka lagi.

Aku takmau nak komen pasal undang-undang imigresen sabah & sarawak dll yg slalu saja nak berkontroversi. Cuma aku nak komen.. ramai rakyat dok sebut cuti umum tersebut sebagai "Cuti Satu Malaysia" instead of "Cuti Hari Malaysia"... Silaplah kan.. Mungkin promosi 1 Malaysia yang amat giat oleh kerajaan menyebabkan kekeliruan berlaku di sini.

Bercakap pasal 1 Malaysia, bukanla niat aku nak membangkangi kerajaan.. Cuma nak cerita pasal perpaduan masyarakat Malaysia yang sebenarnya ni dah lama wujud.. Aku nak share 2 cerita zaman dolu-dolu.. berlaku di negeri kelahiranku Perlis- Permai Lagi Mempersona. Satu cerita aku dapat turun-temurun dari opah aku melalui mak aku.. dan satu lagi cerita memang dialami aku sendiri.

Cerita pertama:

Dulu-dulu tahun 1960an.. Opah aku ni tinggal di bandar Kangar.. kira area-area pejabat tanah sekarang ni la.. (kalau korang org Perlis korang tau la). Opah saya ni melanggan ikan daripada seorang tauke Cina dan tauke tersebut akan menghantar ikan-ikan setiap hari ke rumah... Pada masa tu, mak aku sedang belajar di TKC, Seremban, Abg-abg dan kakak-kakak mak aku pun ada yang masih belajar.. Di IPT.. Sekolah dsb.. Datuk aku kerja kerani sahaja.. kalau cikgu graduate masa bapak aku dulu pun starting RM 400. Bayangkan gaji kerani masa Atuk aku...tanggungan banyakla kiranya... Ada satu bulan ni.. Atuk aku dah terover budget.. kereta rosak ke.. kena renew insurance ke.. kena bayar cukai tanah ke.. kena saman ekor ka (ada ka waktu tu hehehehehehehehe..) aku kurang maklumat pulak.. tapi Opah aku cerita perbelanjaan dicatu.. "Potong Habis!!" bak kata Tan Sri P Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok...

Lantas Opah aku pun katala kat tauke ikan Cina ni.. " Ah Seng (bukan nama sebenar).. mulai esok kita tak boleh angkat ikan lagila.. budget sudah lari.. hutang lama lu lagi belum bayar.. lu toksah hantar ikan lagila.." Lalu Ah Seng pun jawab ,"Macam ni la auntie... saya hari-hari datang juga.. tanya khabar, kalau auntie tak ambik ikan pun takpa.. hutang lama kasi selesai dulu.. kalau esok saya terus tak datang.. nanti obvious pulak... orang tau kata auntie takdak duit.. nanti jiran-jiran pakat pi bawak mulut..." Ah Seng mengutarakan plan coverlinenya dan Opah aku pun setuju..

Moralnya.. semangat perpaduan kaum.. sudahpun wujud dari zaman dulu lagi.. cuma mungkin kadang-kadang terhakis dek perubahan arus semasa.. peredaran zaman dan demografi.. jadi.. sejajar dengan saranan kerajaan mempromosikan 1 Malaysia ni.. memanglah wajar dititikberatkan perpaduan kaum.. jgn dok lebih-lebihkan isu perkauman ni... itu saja pendapat saya.. cerita ke-2 akan disambung kemudian.. any comment?

Wassalam

Wednesday, September 8, 2010

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum
Selawat Dan Salam Ke Atas Rasulullah SAW serta keluarga baginda,

Fuh.. lusa raya.. sib baik tak esok! Kalau tak.. pecah highway.. giloss

Berkenaan dengan tengok anak bulan dan pengumuman raya ni.. teringat la pulak aku akan zaman kecik-kecik dulu.. tak silap aku masa darjah satu.. masa tu mmg dh start puasa penoh. Yalah kan.. budak-budak.. mmg kira harila bila nak raya..

Tahun tu... poser 29 hari jer.. Apabila PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA (tak pencen lagi beliau erkk) umum saja raya esok.. aku igt lagi.. seronoknya bagaikan menjaringkan gol utk piala dunia hahahahahahhahak...

Tapi masa tu aku hairan.. makcik-makcik (jiran-jiran) semua mintak supaya tak raya esok.. raya lusa.. masa tu aku pikir.. makcik-makcik ni buduh ka.. org nak raya cepat.. boleh makan.. dia nak raya lambat pulak.. nak poser lagi sehari pulak.. tak reti betul..

Tapi bila sekarang.. dah kerja.. berjauhan dari kampung... baru aku paham kenapa makcik-makcik yang dahulu tu mintak sangat puasa 30 hari.. aku tahun ni pun.. apabila ada desas - desus mengatakan raya ari khamis.. aku pun cuak.. mau mencanggak balik kampung... aku pun ada jugak terdetik.. mintak raya tetap ari jumaat...

al kisah...

Thursday, September 2, 2010

Aurat Wanita


Assalamualaikum,
Selawat & Salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda.

Semalam aku ada baca paper..okla aku sebut la.. Paper Sinar.. Dalam Paper tu penulis (kalau tak silap aku lidah pengarang) ada mengulas tentang kes wakil rakyat Serdang, Selangor YB Nie Ching masuk ke surau dengan baju kebaya tanpa tudung. Ada pihak2 jugak yg menambah.. katanya org bukan Islam ni bukan sahaja tak tutup aurat.. malah sentiasa berada dalam keadaan hadas besar.. so tak boleh masuk dalam ruangan sembahyang..and so on la..

Jadi pengarang tersebut (sorila aku tak ingat nama) ada mengulas bahawa ramai jugak di kalangan wanita Islam yang masuk ke masjid tanpa menutup aurat dengan sempurna.. terutama di majlis-majlis akad nikah yang lazimnya di adakan di masjid kerana: dikatakan lebih afdal.. ataupun nak ambil berkat.. ataupun alasan biasanya tok kadi atau tok naib nak kena nikah banyak pasangan.. so dia mintak semua buat di masjid..

Jadi ramai jugak pengiring-pengiring mempelai di kalangan wanita muslim.. tak pakai tudung bahkan menunjuk juga rambut-rambut mereka yang berkaler-kaler..kata penulis tersebut lagi...
(takpa.. depa pakai Wella yang ada cap Halal Jakim tuh... no problem..kataku dalam hati) ehehehehehe...

Jadi yg menarik perhatian aku utk menulis ini ialah... aku rasa.. rasalah.. (ni pendapat saja) maybe YB Nie dah merasakan yang setakat pakai baju kebaya tu dah cukup.. almaklumlah dia bukan Muslim.. not well-versed la kot dgn aurat-aurat ni.. jadi dia berpandukan sahaja kepada teknik visual.. dia tengok saja kwn2 muslim di sekelilingnya.. ada yang pakai tudung.. ada yang tak pakai.. jadi mungkin dia ingat rambut tu bukan aurat.. atau dia tak tau rambut kena tutup sbb aurat.. atau pun dia tahu yg rambut itu aurat tetapi aurat yang tahap " not a big deal " sbb ramai rakan-rakan wanita muslim pun tak tutup rambut.. artis-artis dan celebreties pun sama..

Pendapat aku macam tula... sbb sekarang ni aku tengokla.. ramai jugak dah anak-anak muda muslim.. yang dah confuse.. atau dah tak tahu yang mana yang boleh..yang mana yang tak boleh... pengang tangan pakwe-makwe.. mmg tak boleh.. tapi.. dah dok tgk semua org buat..hari-hari.. dikhalayak ramai pulak.. biasa je.. tak kena apa pun.. so..depa ingat.. ok kot.. tak teruk sangat la kot... aku pernah terima soalan dari seseorang .. bunyinya " Lelaki tgk saja perempuan tak pakai tudung pun.. salah ke? Tgk saja?" Hmmmm... Kalau dah kita pon confuse.. tambahan lagi YB Nie...

Itu sajala coretan pendapat aku.. aku bukan ulamak, pakar hadis.. dan sebagainya..sekadar nak luahkan buah fikiran kalau ada yang nak share pendapat.. boleh la komen..

Wassalam...

Sunday, August 29, 2010

31 Ogos by Sudirman Hj Arshad



Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar SAW & Keluarga Baginda.
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera

Asyik dok sibuk pasal Ramadan... Ada lagi satu event yang tak bolehlah kita lupakan.. diakui rangkingnya rendah sikit dari Ramadan.. iaitu Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita Malaysia.. 31 OGOS.. lagi berapa jam jer nih..

Sebut pasal merdeka.. terkenang-kenanglah jua aku akan zaman muda remaja dolu-dolu.. aku ni dah berkecimpung dalam sambutan kemerdekaan nih sejak dari zaman skolah-skolah lagi.. cuma venuenya jer yg berbeza.. pada zaman skolah menengah.. malam-malam kluar dgn kwn2 pergi tgk pancutan bunga api di Pdg Majlis Bandaran Kangar tepat jam 12.00 mlm.. keesokannya di venue yang sama utk perarakan Hari Merdeka.. yg nyatanya aku taklah kawad.. tapi ada bagi sokongan pd kawan-kawan yg terlibat.. Malam tu pula Kerajaan Negeri anjurkan pulak perarakan kereta berhias.. sampai kul 12 tgh malam.. dan penutupnya Menteri Besar Dato' Seri Shahidan Kassim (ketika itu) akan umumkan esoknya.. 1 hb September adalah cuti peristiwa kepada sekolah-sekolah seluruh Perlis.. skolah saja.. yg kerja lain... kenalah pergi kerja.. Itulah istimewanya sambut merdeka di Perlis.. 1 September pun CUTI!!!! zaman aku dulu la.. skang dah lain..

Sambung pulak bila aku buat kursus persediaan.. kat UTM-KL Jalan Semarak.. Barulah berpeluang sambut merdeka di Dataran.. ada yang sambut dengan kawan-kawan kolej.. ada yang sambut dengan kawan-kawan lama.. tapi suasana nyata berbeza.. dengan konsertnya.. Mas Idayu gelek 45 darjah.. pelawak Ahmad Busu (Mat Deris) dan Imuda.. sambil itu juga ucapan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Mahathir (Sekarang TUN).. Masa aku second year persediaan... aku bertuah dapat saksikan sendiri secara live Tun Mahathir mengisytiharkan nama JALUR GEMILANG menggantikan nama Bendera Malaysia pada malam kemerdekaan.. lupa la pulak tahun bila.. kena rujuk google ehehehehehe.. Tapi kawan2 lain.. mungkin tengok dalam tv.. rancangan berita keesokan harinya.. bagi aku..aku dah dapat saksikan satu peristiwa bersejarah...

Di samping itu.. masa menyambut merdeka di KL.. dapat la jugak aku saksikan mamat-mamat dan mihan-minah "kotaraya" (atau set set kampung yg terkejutan budaya) yang berkelakuan tak senonoh.. tak usahla aku nak detailkan kat sini.. pastinya.. selain berkepit dgn pasangan.. lepas sambutan ada yg berderu-deru ke disko-disko dan pub-pub yang berhampiran.. tak berani nak sebut nama takut kena saman.. kerr.. depa suka sebab jadi iklan free.. ntah.. kalau blog aku ni taraf red mummy.. maybe kot..

Lagu Negaraku berkumandang.. aku ni berdirilah tegak.. tengok depa selamba saja berjalan ke hulu ke hilir.. mcm takdak nilai. kemuncaknya.. mat-mat rempit melanggar road block di jalan TAR dapat kusaksikan secara live... ermmm tuh tahun 1996-1997 tuh... sekarang korang boleh bayangkanlan.. sure lagi advancekan??

Tapi yang menarik perhatian aku sempena kemerdekaan kali ini.. semua org.. semua badan.. semua pihak bising bahwa masyarakat sekarang.. terutama yang muda.. sudah ta menghayati kemerdekaan... dah tak tau nak kenang perjuangan orang-orang dahulu... dah tak reti nak isi kemerdekaan.. serius aku cakap.. aku pun mengaku tema tahun ni aku pun tak berapa nak hapal lagi..

Dibandingkan dengan Negara Jepun (nih hanya pengalaman semasa aku study di sana dulu.. bukan findings yang reliable).. Banyak collegemate aku (Japanese) haram tak tau pun menghayati hari kemerdekaan depa.. hari cuti tu depa pi karaoke.. main billiard.. main bowling dan... ttttuuutttt...!! Aku boleh kira berapa ramai anak-anak muda Jepun masa tu yg boleh hafal dan nyanyikan lagu KIMI GA YO ( kira mcm Negaraku laa kat Mesia ni )... aku rasa dalam 100 seorangla kot..

Tapi depa maju..jauh dari kita.. maju dari erti kata rakyat yang memiliki minda kelas pertama.. okay.. kalau korang kata depa maju tapi takda semangat kebangsaan.. fine.. tapi tetap depa main bola sepak sampai World Cup.. masuk suku akhir lagi... sukan-sukan lain... olimpik pun dah menang pingat emas lama dahh...

Macam mana?? Ada siapa-siapa boleh bagi jawapan...??

Wasalam..

Jamal Abdillah - Salam Aidil Fitri (HQ Audio With Lyric M1)



Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Besar SAW & Keluarga Baginda
Assalamualaikum semua.

Hari ni dah 19 Ramadan. Tak sangka...
Hari ni walaupun esok aku ada exam.. ntah kenapa sem ni.. rasa sengal.. study tak abis lagi.. tapi rasa malas.. maybe letih poser kot (alasan.. alasan)..

So, ari ni aku pegi TESCO, Seremban 2 utk beli brg2 dapur.. sambil mencuci mata.. heheheheheh... beli 2-3 brg ja.. ushar yg lebih..

Tapi.. umanggai kate org nogori.. manusia punya la ramai di TESCO.. sampai troli pun ABIS!!! Abis digunakan la.. korang boleh bayangkanla berapa ramainya.. nak kata penangan Ramadan atau pun Lebaran... bukan Melayu (Muslim) sahaja yang ada... bak kata orang.. 1 Malaysialah.

Aku pelik betul.. tapi mungkinla dah menjadi budaya turun-temurun.. kalau bulan posa.. nak dekat raya.. mesti terpa!! Shopping.. buat persediaan.. Sepupu aku pun ada tulis kat FB dia.. semalam dia pi shopping 8 jam! Persediaan hari raya.. sampai ponat.. terlajak nak bangun sahur...

Bagi aku dan keluarga.. tidak dinafikan Aidilfitri disambut tanda meraikan kejayaan kita menentang nafsu dan menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.. cuma takdala beriya-iya benor.. apa yg ada tahun-tahun lepas tu .. pakai ja la.. lagipun bulan-bulan lain pun ada jer kita beli baju baru.. pakai je la..

Aku pun.. last year baru beli baju raya baru.. setelah 4 tahun...
Anyway.. apa pulak pendapat anda? Mmmg raya ni kena shopping gila ka?

Kita sambung lagi.. chow

Thursday, August 19, 2010

Banjir Di Pakistan



Assalamualaikum wbt,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar SAW dan Keluarga Baginda.

Sebetulnya saya mmg banyak kerja.. sibuk.. hal office.. hal rumah... hal study.. mcm2. kira pack la... tapi.. singgah sekejap update blog ni untuk lepaskan tension...

Semalam adik saya sebut pasal banjir di Pakistan. Tadi pula saya ada selak sedikit suratkhabar untuk mengesahkan tentang perkara itu. Maka sahlah ada banjir besar di Pakistan sana.

Saya nak cerita hari ni bukanlah banjir di Pakistan.. mcm mana nak cerita.. saya ada di Malaysia.. still ok cuacanya walaupun hujan hari-hari... Yang saya nak cerita ialah banjir besar yang melanda tempat kelahiran saya, Perlis sekitar Disember 2005.

Bermula dengan saya bersama adik ke Sg Petani untuk urusan peribadi. Ketika pulang sekitar waktu maghrib.. kami stuck di lebuhraya utara selatan PLUS berhampiran Jitra (Hosba??) kerana lebuh raya ditakungi air. Dah nama pun lebuhraya.. mana boleh patah balik buat u turn.. jadi kami redahlah jugak banjir tersebut kalau tak silap sepanjang 1 km.. dah kereta kami jadi bak kata P Ramlee (Tan Sri) dum dam dum dam macam motorbot la heheheheheheh.... redah punya redah... dah habis kawasan banjir.. kami pun berhenti di sebuah stesen minyak Shell dekat dengan Joe Cendul Pulut... carik gayung.. menimba air yg bertakung dalam kereta keluar.. hehehehe.. lawak sungguh!

Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk pulang dan keluar exit Arau (Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis).. masyaAllah punyala jam jalan.. kereta berduyun-duyun.. rupa-rupanya dek kerana hujan lebat tak berhenti 2 hari.. Arau telah dinaiki air.. Kami pun patah balik masuk highway dan turun di exit Kangar (Seriab).. hujan memang lebat dan air semakin naik..

Selepas Isyak, saya keluar ke IDA Motor di Seriab untuk study group,masa tutgh amik Certified Islamic Financial Planning.. ada exam dan presentation.. hujan mmg lebat.. semasa perjalanan pulang.. terlihat beberapa truck askar.. ada yg lengkap dengan boat penyelamat... maka saya berkata .. mengikut pengalaman saya tinggal di Jepun beberapa tahun.. kalau dah sampai pihak berkuasa dan pertahanan buat mcm ni.. makna kata... banjir ni.. sure dah nak banjir..

Saya pun cerita kat semua kenalan.. termasuk keluarga.. semua buat dekk je.. maklumla depa tak biasa.. saya dulu.. siap gempa bumi pun ada lagi..

Saya dah budget (berdasarkan pengalaman yang lalu)... apabila banjir besar melanda.. pertama sekali bekalan elektrik akan diputuskan. Ini untuk mengelakkan kejadian yg tak diinginila.. kemudiannya bekalan air akan terputus... susah tuh.. mau busuk.. hahahahahahahahahaha...



Nanti sambung lagi..



Sambung balik....
Dipendekkan cerita.. banjir besarlah Perlis selama seminggu lebih... 2/3 ditenggelami air.. rumah saya adalah antara tempat tertinggi di Perlis.. tidak ditenggelami air tetapi jadi pulau hahahahaha... nak pi mana pun tak buleh..

Elektrik dah terpadam.. bekalan air tangki semakin hari.. semakin nak habis.. mcm mana ni? nak bersuci.. nak berwudhuk?.. mandi jauh sekali..

Bila lori JBA dtg nak bagi air... semua berebut-rebut.. masa tu dapatlah merasa mcm mana pelarian somalia berebut-rebut bila lori pasukan pengaman menghantar bekalan makanan.. serius cakap lu...

Suatu ari.. aku dan adik dah tak buleh tahan.. bekalan makanan pun dah habis.. kami keluar ke satu tempat bernama Seriab.. di situ ada kedai jual roti gardenia.. alah.. yang inti sambal bilis.. vanilla.. cokelat semua tu.. kami pun meranduk air.. merentasi jalan pintas Gua Sami.. kira2 perjalanan meranduk air sejam jugak la... kami lalu di kawasan pembinaan "mini putrajaya'.. ternampak mamat-mamat BANGLA selamba sahaja. menggunakan tangki plastic hitam.. pvc kot ntah lupa lak materialnya.. masuk ke dalam.. dan mendayung merentas banjir terus ke Seriab utk membeli roti gardenia.. mcm rileks ja... mcm dah biasa..

Lelast aku pun terfikir.. Perlis last banjir besar.. masa aku tak sunat pun lagi.. pastu berulang lebih kurang 15 tahun.. tapi depa.. tiap-tiap tahun banjir.. paatut depa tak herannn..

alkisah..
sekian

Monday, August 9, 2010

Ramadan



lupa nak cakap
Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Wasalam..

raja pop



Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Solawat Dan Salam Ke Atas Nabi SAW serta Keluarga Baginda.

Hari ni saya ada di Perlis.. Negeri kelahiran dan kebesaran saya ehehehehe... maksudnyerr saya dibesarkanla.. Itu hari saya cerita pasal Perak.. perjalanan dari Perlis ke KL zaman takder Highway Plus dulu..

Kali ini.. setelah sibuk bekerja.. seminar.. kelas dah sbgnya.. saya igt nak tulis pasal hiburan sikitla..
Tapi ada kaitan jugak dengan perjalanan dari KL ke Perlis.. kira sambungla erkk.. tak lari tajuk la yerkk...

Sedara- sedari, semasa on d way back from KL ke Perlis.. (kereta dipandu oleh adik saya).. kami dengar lagu utk hiburan. Kami bertolak exactly 8.00pm.. igt nak berenti solat Isyak di Tapah. Highway... dah senang.. tak mcm dolu-dolu...

Dalam dok dengar lagu tuh... tiba lagu Jamal...Kekasih Awal Dan Akhir... then I start terpikir.. (sambil menyanyi perlahan-lahan lagu itu).. mcm mana Jamal Abdillah boleh jadi Raja Pop...Dia Balada .... I am not intending to condemn Saleem Iklim as the Raja Balada.. he is my legend laa... Idola saya.. tapi bila dengan lagu... Kekasih Awal Dan Akhir... Penghujung Rindu.. Azura.. Suratan Kasih..

I think... where is the "Raja Pop??" mana boleh... I tanya my little bro.. ini Pop ka? He said no.. this is Balada... then saya macam... mana mai Raja Pop nih?????.... Ini sudah menjadi satu soalan yg bermiang-miang (eheheeh) di benak pemikiranku (cheewaahh)..

Tapi lelast adik saya ni kata.. "Abang... dia pasal lagu... bekereta sana sini. diriku tak kau kenali..." (sambil menyanyikan kpd saya) aku pun ckp.. benda ni make sense.. tapi aku takleh terima lagi sbb... takkan dek satu lagu tu... bleh kategori Raja Pop sedangkan Kekasih Awal Dan Akhir... Penghujung Rindu.. Azura.. Suratan Kasih.. dll.... banyak lagi balada...

Then saya mula teringat... pada Juara Lagu pertama... Jamal masuk final dengan lagu.. "Dalam perjalanan ku masih mencari......" saya pun kata dalam hati... ok..ok... Pop...pop... tapi baru dua..

Lepastu saya pi makan... teringat pula... saya nyanyi pada adik .. maybe.. " Kenangan manis kau aaku.. takkan terluput.. duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia...." the adik saya kata.... " Yes... itu pop..."

Lepas tu percambahan pemikiran bermula.. ehehehehe.... saya kata lagu Gadis Melayu.. adik kata lagu terharu... then we come to a conclusion that.. ya.... Jamal Abdillah.. Raja Pop... ehehehe



Anyway Jamal.. u r rock.. legend.. idol...(dalam nyanyian la..) dan harap Abg Jamal berjaya dan di dalam keredhaan Allah swt... kita sambung nnt....

Friday, July 30, 2010

Ipoh Mali

Assalamualakum wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar saw dan ahli keluarga baginda.

Lama benor teman tak sambung cerito ( aihh loghat peghok pulerk).. Bukan apa.. kdg2 sibuk, kdg2 takdak mood... kadang...kadang.. (ikut style nujum pak blalang)..

Saya janji dulu nak sambung cerita Perlis.. Tapi disebabkan arini saya ada di Ipoh.. nak ceritalah sikit pasal kaitan Ipoh ni dengan kehidupan saya..

Keluarga saya ni.. semenjak saya kecik lagi.. memang suka berjalan-jalan.. Kalau nak diikutkan cerita bapak saya... umor saya cukup setahun.. dah di bawak ke Kuala Lumpur.. pegi berjalan.. bayangkan dari Perlis nun jauh ke sana... nak sampai ke Kuala Lumpur.. perghhhh... Mana ada Lebuh Raya Utara Selatan masa tu...

Ceritanya.. bertolak dari Perlis.. awal pagi la dalam pukul 9 ke 10 gitula... jalan lama.. lalu Alor Star.. Gurun.. Tikam Batu... Bedong... nak masuk Prai... bercinta...!!! Bila sampai ke Jambatan Merdeka.. (kami panggil Titi Merdeka) semua pakat bersorak.. horeyy.. dah masuk Penang..! Padahal baru Penang.. Bayangkan.. kalau sekarang.. dgn highway... celah gigi saja.. orang boleh tinggal di Seremban kerja di KL..

Ok.. di Bukit Mertajam memang menjadi tempat persinggahan kami untuk Lunch.. kalau tak silap dalam pukul 1 atau 2 ptg mcm tu la... tak pun kami picnic (sbb bawak bekal) di Jalan Chain Ferry... Lepas makan kami sambung perjalanan.... Jalan lama.. fuh.. jauh lagi ni..

Saya tak ingat mcm mana... lalu Parit Buntar.. Taiping.. sebab tak masuk Pekan... Tapi Kuala Kangsar aku ingat... Mak aku dok cerita.. family Opah aku asal usulnya dari Kuala Kangsar.. keturunan Dato' Maha Kurnia....

Ok sambung cerita.. Lepas Kuala Kangsar.. akhirnya sampaila Ipoh.. dalam pukul 6 Petang.. korang bayangkan.... punyalah jauh.. Kalau sekarang aku ingat.. bertolak dari Perlis 9 pagi.. koman-koman pun kul 4 ptg dah sampai KL...

Kejayaan utk sampai ke Ipoh adalah selalunya menjadi sesuatu yang manis jika kami nak ke KL zaman tu.. kerana pada kami.. dah nak dekat sampai ni.. padahalnya baru separuh perjalan..

Kami akan celebrate dengan makan malam di sebuah restoran berhawa dingin... di dekat2 dengan STAR la... kalau sekarang ni Bercham kot... tak ingatla spesifik tempatnya.. tapi kira class la masa tu kalau restoran aircond ni.. hmmm dah nak maghrib.. baru bertolak ke Kuala Lumpur... Masa tu barulah nak berkira-kira... sampai Kampar... Tapah.. Tg Malim.. Lelast Rawang... bila sampai Rawang tu.. fuh rasa mcm best sgt.. dah dekat dah ni.. padahal dah kul dekat2 tgh malam......

Begitulah kiranya.. hasrat aku.. nak buat balik journey ni... dan ambil gambar.. trek balik jalan-jalan dan pekan-pekan yang menjadi laluan utama sebelum wujudnya LebuhRaya PLUS ni..

So... tunggulah sambungannya nanti......

Friday, February 19, 2010

dari behor pulai ke narita airport (episode 1) samb....



assalamualaikum wbt,
salam sejahtera..

Hari Sabtu, bangun awal. Sebabnya weekdays kerja, dok sibuk hal kerja saja.... so hari Sabtu, sibuk hal peribadi pulak. Pegi bank bayar hutang, servis kereta, beli barang rumah... jogging hehehehe :)

Anyway, saya nak sambung cerita penglipur lara..

Kali ni saya nk cerita sedikit sebanyak tentang peribadi saya (rasanya banyak kot)..
Saya seorang yang liberal, simple, open minded dan suka cuba untuk berlaku adil (bukan berpoligami erk). Dari segi minat dan hobi pulak, saya rasa mcm all rounder..

Sukan contohnya.. saya minat semua jenis sukan.. dan saya boleh main semua sukan yang biasala.. volleyball, takraw, bola, badminton, hoki dan tahapnya pulak.. lebih daripada average... maksudnya.. dekat-dekat nak terrer la hehehehehe.. tapi kalau macam golf, squash, terjun papan anjal? synchronise swimming? lawan pedang?... mcm2 tuh taklah pulak reti main.. kira sukan-sukan yg biasa la..

Muzik pula, saya suka semua jenis genre.. setiap genre tu ada idola saya.. baik dangdut, rock, soul, ballad, asli, enka, patriotik, indie, grunch, alternative bla bla bla... bak kata pepatah.. I will enjoy all the good stuffs.. tapi lagu-lagu mcm punk not dead tuhhh.. ermm sorila kurennng sikit.. heheheheh

Ketukangan pulak, saya memegang diploma in mechanical engineering, bachelor degree in business admin.. hah.. dh pelik..kan?? Tahun depan ingat nk sambung kepelikan itu untuk masters pulak... samada masters of sc in tech management, masters of sc in occupational safety and health ataupun yg MHRM ke tgk la yg mana dapat :)

Melalui cerita-cerita di atas.. bolehlah disimpulkan yang saya nih jenis suka explore benda-benda baru... dan apabila dh suka sesuatu... dh "into it" org kata... saya akan menjadi detail... saya tak gemar stuck dalam satu bidang... satu tempat or lebih tepat lagi.. hidup dalam kepompong lah...
hehehehehehe

Tapi yang paaaaaaaling penting dalam diri saya ialah.. I have a very good sense of respect.. and also.. I also know how to really appreciate people, especially who are kind to me.... Saya akan cubalah tunjuk my gratitude.. whether in the mainstream way.. or undeground hehehehehehehe

Oklah... banyak kerja hari Sabtu... dok celah-celah tu BOSS ajak main badminton pulak... kerja..kerja..kerja..

Sambung NANTI!!!!!!

Wednesday, February 17, 2010

dari behor pulai ke narita airport (episode 1) samb....

nak cerita zaman kanak-kanak ni mmg banyak dan tak habis... dan jugak berculam-calim kata org Perlis (maksudnya tak ikut kronologi) ... cuma seingat aku mmg seronok sangat .. permainan macam-macam.. bagaikan mengikut musim.. daripada tradisional sehinggalah moden. Apabila musim layang-layang.. semua main layang-layang... bila tiba musim congkak.. semua main congkak..main kerum... main guli... main roundest... main perang (senapang kayu).. mengail.. terbil.. dangau....jengkek ... bola, badminton dan seterusnya...kehidupan ketika itu main, main dan main....

Apabila dekat hari raya.. main mercun dan bunga api... ada juga main meriam buluh tapi aku tak berapa berani.. mercun pun bapak sedara aku yg cucuhkan.. ehehehehe

Rumah tokwan aku ni berhadapan dengan kem askar... mmg tiap-tiap pagi aku akan tgk askar berlari di jalan raya. Belakang rumah pulak sawah padi dan landasan keretapi. tokwan aku ni jawatannya petani cum penjual sireh ehehehehehe :) tok aku pulak surirumah tangga..

Rutin seharian tokwan aku... yang aku ingat la .. pagi-pagi ke market menjual sireh dan pulang membawa lauk-pauk untuk tok aku masak tengah hari... masa balik tu.. cucu-cucu akan terpa ke pintu dengan jeritan "wan balik ! wan balik!" .. bukan apa.. pastinya tokwan aku akan membeli keropok atau chikedes kepada kami cucu-cucunya...lepas tuh barulah dia ke bendang membanting tulang... kuat tokwan aku ni... tahun ni umur dah masuk 80 tahun.. semoga dipanjangkan umur wan... errmm.. alamak... touching pulak...abih idea... oklah.. kita sambung lain kali... NANTI !!!

Monday, February 15, 2010

dari behor pulai ke narita airport (episode 1)

assalamualaikum wbt
selamat sejahtera..

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan gong xi fa cai... kepada yg menyambutnye la... aku tgk tahun 2010 ni.. agak lain sikit ... byk member-member Chinese kita.. sms ke kwn2 Malay depa ucapan "gong xi fa cai.." sepatutnya terbalik.. dak?? takpala.. SATU MALAYSIA.. :)

Ok aku nak sambung cerita penglipur lara.. masa kecik-kecik, aku ni kira cucu favourite tok dan tokwan aku (belah bapak)... dan ditambah pulak menjadi cucu favourite "tok bapak" aku (datuk sebelah mak)... cuma dengan opah aku jer yg kureng sikit... tapi di akhir-akhir.. aku jadi jugak cucu favourite opah aku.. sesudah berumur 19 tahun...

Jadinya.. aku banyak menghabiskan masa di kampung tok dan tokwan aku.. di mukim Chuping.. kalau tengok KL Menjerit tu... taulah Chuping.. kan.

Walaupun, mak dan bapak aku pegawai kerajaan kategori A... aku sungguh biasa dengan kehidupan kampung... antara permainan-permainan yang aku main... guli, dangau, congkak, senapang kayu dan lain-lain...

Termasukla layang-layang... mengail, tahan taut.. menjala.. dan mandi parit gila... kalau diikutkan.. masih terbayang lagi suasana aku bermain-main bersama rakan-rakan kecilku.. kata org jepun osana najimi (kawan-kawan masa kecil). Semua tu cerita masa aku umur 4 - 7 tahun... :)

Nak tau cerita parit gila?? atau senapang kayu??... dan cerita-cerita kampung yang lain... NANTI!!!!

Wassalam..

Friday, February 12, 2010

dari behor pulai ke narita airport (intro)

assalamualaikum wbt.

selamat sejahtera.


permulaan sudah, perkenalan pun sudah... arini den nak mulola crito pasal diri den ni hah (apasal loghat minangkabau plak nih ehehehhe :) )

sebenarnya.. aku ni dari dulu-dulu ataupun dengan lebih tepat lagi... dari zaman sekolah lagi.. bercita-cita nak jadi penulis...tak kiralah sama ada penulis skrip drama ka... filem ka.. jurnal ka.. novel ka.. ka..ka..ka.. janji penulis la..

ada jugak cita-cita nak jadi wartawan.. sbb dok tgk tv... "saya harjit singh hullon.. rtm.. london.." (waktu tu rtm ja la... tv3 pun belom sampai perlis lagi).. rasa macam best je.. jalan-jalan ... tulis-tulis... bleh pi sampai oversea.. tapi satu jerla... tabiat aku ni.. tak suka mencatat.. aku suka mengingat... lelast.. banyak sangat nak mengingat.. dah langsung tak ingat.. jadi.. jurnal aku dalam blog ni.. aku main hentam kromo sajalah.. yang mana ingat... takde kronologi...

kalaulah dulu aku tulis tarikh-tarikhnya.. dah tentu aku boleh buat travelodge yang best seller.. :) perasan tu...

jadinya... dalam tajuk ni.. aku ingin menceritakan... kisah-kisah hidup aku.. dari zaman kanak-kanak... hinggalah remaja... dengan kata lain.. dari zaman tadika.. hinggalah ke universiti... tertiary education la.. kata mat salleh..harap anda semua dapat enjoy cerita aku ni.....

terima kasehhhhhh...

Tuesday, February 9, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt.

Itu hari.. salam permulaan.. yang ni.. perkenalan pulak.. kata orang tak kenal maka tak... sambung sendiri la hhehehehe :)

Aku dilahirkan... dan dibesarkan di negeri yang paling utara Semenanjung Malaysia.. dekat-dekat dengan siam nuh..dah la utara kecik pulak tu... bak kata slogannya.. "small yet fascinating..."

Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu, sekitar awal 90an, kalau sebut nama negeri ni pun.. boleh dikatakan ramai yang tak tahu.. ramai pulak yang tak dapat bezakan Perlis dengan Kedah... Bila aku sebut Perlis, dok dua minit, depa kata Kedah.. mcm tu la..

Yang teruknya tu pulak.. masa aku pre u (persediaan) kat KL, bila puak student Kelantan bergaduh dgn student puak Kedah... aku pun kena heret ke dalam kancah sekali.. bengang btul.. hello bro.. kawe buke oghe kedoh... heheheheheh :) .. Bak kata director Ahmad Nisfu : "aku tidak ada kena mengena di dalam ini gambarrrrrrrrr"

Tapi itu dulu, skang dah lain... org banyak dah kenal Perlis.. tambahan semenjak memegang piala berprestij hasil jaringan tangan Adrian Chamrong (bkn Diego Maradona).. serta kemunculan pemenang kasut emas seperti Phillemon Chipeta dan Zacharia Simukonda ( aku minat Bekamenga Bekamengo) hihihihih :)

Selepas masuk tahun 2000 (millenium la katakan) .. pembangunan semakin pesat, universiti, kolej, politeknik, kolej komuniti dan sebagainya dibina.. ramailah yang sudah mengenali Perlis dan datang dari perantauan untuk berkhidmat di sini ( macam pembaca berita pulak rasanya )

Maka negeri kelahiranku ini dah pun jadi terkenal...

Anyway bukan la nak promote... frankly speaking.. Perlis ni tak ada banyak tempat tumpuan. Negeri ini lebih menjadi laluan ataupun persinggahan para pelancong ke Langkawi..

Tetapi.. yang dapat aku simpulkan .. dari observation dan pergaulan aku... individu yang bertukar dari luar then berkhidmat di Perlis.. almost of them.. takmo dah pindah keluar.. ada yang sampai pencen kerja kat Perlis, biar pangkat lambat naik pun takpa.. ada yang pernah kerja di Perlis, naik pangkat... bertukar ke tempat lain.. lepas pencen.. settle down kat Perlis..

Itu sajala... kelebihan ketara yang dapat aku cakap tentang negeri aku ini ...apa rahsianya.. bak kata Nabil.. Lu Pikirla Sendiri heheheheheheh:)

Okla... takat ini dulu cerita .. kita sambung NANTI...

Sunday, February 7, 2010

Salam Permulaan

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik.. pejam celik.. dah 2010. Masa aku mula-mula sekolah darjah satu.. back in 1985.. masa tu baru dok bercakap tentang tahun 2000.... tak sangka.. kini kita sudah 10 tahun melewati millenium baru ini..

Sebut tentang tahun baru... inilah azam baru aku.. menulis blog.. nak diceritakan.. hasrat untuk menulis blog nih dah lama... "dah lama dah" bak kata Tun Mahathir.. aku tangguh dan tangguh.. akhirnya aku bertekad.. tahun 2010 ni.. nk mula.. apapun.. kena mula.. "we have to start somewhere"

Dalam dok berslogan pun... tertangguh lagi.. sehinggalah dah pertengahan bulan 2 nih.. punyalah teruk.. :)

Therefore, kata omputeh.. tujuan ataupun objektif utama blog ni (serupa nak tulis thesis daaa..) adalah.... bukan untuk MLM!!.. mahupun Saham Labu Peram!! (contohnya Swiss Cash).. dan tidak juga skim piramid (itu semua firaun!!!).. apatah lagi forex, berlian... buluh dan sebagainya..

TETAPI, hanyalah sekadar menggunakan medan maya ini untuk berkongsi pengalaman, cetusan idea, pendapat, pandangan.. luahan... persoalan.. tekaria.. teka kata.. bak kata org minang... apo jo lah... mudah-mudah dapat menjadi sesuatu yang berguna untuk kita semua..

SEKIAN buat permulaan... lain kali sambung cerita.. c u later

Saturday, February 6, 2010

Cuba-cuba yakin

Salam..

Testing sekali lagi

Cubaan

Testing .. one two three