My Blog List

Tuesday, May 31, 2011

MALAY-NESS

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,

Sholawat dan salam ke atas Rasulullah SAW serta ahli keluarga baginda.

Tajuk posting saya kali ini dinamakan Malay-ness. Pasti bercatur difikiran pembaca sekalian apakah maksud tajuk ini. Sengaja saya namakannya sebegini untuk anda berfikir. Agar otak dan minda anda 'warmed up',Sebab selepas ini banyak perkara lagi yang akan membuat anda berfikir.

Baiklah, Malay-ness bukanlah bermaksud "Kemelayuan" (kena sebut betul-betul), tetapi andalah cantuman dua perkataan iaitu "Malay" dan "Business". Justeru saya memilih nama ini kerana saya ingin membicarakan persoalan perniagaan ataupun keusahawan dari skop atau konsep orang Melayu.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya bukanlah ahli akademik berkelulusan Sarjana Doktor Falsafah mahupun ahli perniagaan konglomerat yang berjaya. Apa yang hendak saya nukilkan sepenuhnya ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, pemerhatian, pembacaan dan temubual saya dengan individu-individu yang berkaitan. Catatan saya ini mungkin boleh menjadi tips, pengajaran ataupun pedoman kepada anda yang ingin memulakan perniagaan.

Pertama, ada persoalan yang perlu diperjelaskan sebelum anda menerjunkan diri ke bidang keusahawanan- Kenapa anda mahu berniaga? Itulah persoalannya. Persoalan ini bertujuan mencari objektif sebenar anda dalam perniagaan. Biasalah, jika kita hendak buat sesuatu perkara, mestilah ada objektifnya. Hendak menulis thesis pun, mestilah bermula dengan objektif kajian..

Jawapan umum bagi persoalan di atas ialah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi kaya atau lebih tepat lagi, menjadi jutawan. Kenapa begitu? Ya, pasti ramai akan menukas.. Bagi yang meminati kereta, "Jika jadi jutawan, barulah boleh beli kereta mewah jenama Ferrari mcm Datuk K." Bagi yang suka melancong, "Barulah boleh travel.. round the world. Kalau takde duit, kena kerja.." Bagi yang suka menonton sukan macam saya ni (menonton sahaja), cita-cita saya jika menjadi jutawan ialah hendak melihat aksi Roger Federer di Billie Jean Sport Centre Flushing Meadows..

Namun, adalah juga faktor-faktor lain yang membuatkan kita ingin meninggalkan dunia pekerjaan yang penuh kemelut ini. Ada yang tidak puas hati dengan bos. Ataupun bengang dengan sistem perjawatan, "Saya kerja dah lama, macam mana awak jadi ketua? tak adil!" dan sebagainya. Ada juga yang ingin berniaga supaya tidak terikat dengan masa. Nak cuti bila-bila pun boleh.(Betul ke?) Ada pula yang tidak boleh kerja bawah arahan orang. Ringkasnya.. tidak boleh ada bos.. Jadi kalau berniaga, tak ada bos..(Betul ka?)

Banyak lagi la sebab-musabab yang mendorong kita semua untuk berniaga. Anda ada cadangan sebab-musababnya. Sila hantarkan komen.

1 comment:

Anonymous said...

bagaimana yg berniaga kerana minat? x kisah untung or rugi..wujud tak??