My Blog List

Saturday, May 28, 2011

Come Back - Kaya ( Intro )

Assalamualaikum wbt,
Selawat & salam ke atas junjungan SAW serta ahli keluarga Baginda.

Dah lama aku tinggalkan dashboard ni.. erkk.. bunyi mcm bertahun-tahun, apabila check balik.. start bulan Oktober 2010 ja.. tapi Oktober - Jun.. kiranya.. lebih setengah tahun jugak lerr..

Kenapa lama tak update? Bukan sebab takde cerita.. bukan juga sebab hangat-hangat taik ayam (sebenarnya ini adalah tepat), tetapi sibuk.. (ayat cliche).. sibuk dengan urusan-urusan kehidupan.. hidup kita ni bukan kerja sahaja.. banyak perkara yang perlu/wajib dilunaskan.. Tanggungjawab kepada keluarga.. sudah semestinya.. Plus dengan tanggungjawab untuk berbakti kepada parents kita.. mereka yang mendidik dan membesarkan kita.. sampailah kedudukan kita sekarang... lawyer? majistret? doktor? akauntan? gomen? ahli muzik... apa?? ahli muzikk? ya.. ahli muzik sekarang bukan mcm dolu.. sekarang kaya.. semua nk jadi ahli muzik..

Ok sebut pasal nak jadi kaya... azam aku bagi aktiviti blogging untuk tahun 2011 ni ialah utk banyak publish posting yang ada ilmiah. Bukan nak cari duit.. tetapi supaya posting aku bolehlah dibuat panduan dan rujukan oleh sesiapa yang memerlukanlah.. Kalau tak perlu.. gua tak kisah..heheheheh...

Ok-ok.. cerita kaya. Nak jadi kaya... Tuan-tuan dan puan-puan.. mesti ramai yang bercita-cita nak jadi kaya.. tipulah kalau tidak terdetik di hati kita semua, walaupun sedikit untuk mempunyai duit yang banyak... Tanpa mengira apa objektifnya dan titik tolaknya.. semua orang kalau boleh.. ingin jadi kaya. Contoh, ada yg nak jadi kaya untuk membela atau berbakti kepada ibu bapa.. nak hantar mak ayah pergi haji. (Alhamdulillah..) Ada pula yang nak mengubah nasib diri.. dahulu dihina, dipandang rendah.. pinangan ditolak dsb.. Tidak kurang pula yang berkata, "kalau aku jadi kaya, senanglah aku nak buat kerja-kerja amal, bersedekah dsb".. ada juga berpendapat, jika jadi kaya, barulah boleh melakukan apa yang disukai atau digemari.. (contohnya hobi dsb).. hmm Pada pendapat saya semua itu betul.. tak ada salahnya..

Namun???? Bagaimana nak jadi kaya? Dulu masa saya masih student.. seorang pensyarah berbangsa Indonesia ada berpesan.. "belajar baik-baik", katanya. Katanya lagi dengan kelulusan yang tinggi kita semua boleh hidup senang.. ehehehe.. Pak Professor.. mungkin itu dulu.. sekarang beda!!! Sekarang gaji bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam sektor swasta bukan multinasional.. hehehe starting from RM 900/month. Nilai graduan di pasaran sekarang pula ialah minus RM 15 000 (hutang PTPTN). Boleh kaya tak? Boleh... tapi.. hehehehe

Jadinya di bawah saya ada senaraikan beberapa jalan atau kaedah untuk kita menjadi kaya.. antara kaedahnya ialah :-

a) Masuk AF/Mentor/Raja Lawak, jadi artis berfenomena mcm Mawi/Nabil..
b)Jadi penyanyi no 1 negara, mcm Datuk Siti
c) Mendapat durian runtuh (pusaka, loteri, hadiah dari usahawan arab.. dll)
d) Menulis novel best seller (Lagenda Budak Setan...)
e) Menjadi usahawan yang berjaya.

Tuan-tuan dan puan-puan.. buat pilihan jawapan sekarang.. manakah yang agak-agaknya boleh dilakukan/dicapai oleh kita.. secara logik dan realistiknyalah.. jangan janjikan langit tetapi realitinya ... hasrat tak terbawa dek badan. Ok huraiannya akan saya berikan pada posting yang seterusnya.. harap bersabar..wasalam

No comments: